Sep 25, 2009

Raya '09

just got back dari beraya kat kampung. huhu, xpuas lg raya kat sana so srang mood raya still ada. terpaksa blk awal ke jb sebab kak ipar saye dah start keje esok. xpelah, nak wat camana kan. nanti raya haji maybe nak beraya sana lagi, insyaAllah. so, how's your raya, best x? hopefully semua dapat beraya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di samping keluarga tersayang. saye tahun ni alhamdulillah dapat beraya dengan family dan sedara mara kat kampung. dah setahun lebih bermastautin kat jb ni tetibe masa balik beraya rasa rindu sangat kat kampung halaman tempat saye membesar dulu2. rindu masakan org terengganu, rindu nak mandi air telaga yang fresh kat umah tokwan, rindu nak tido atas katil yg ada kelambu, rindu nak dengar bunyi ayam berkokok pagi2 buta. huhu tu pun nak rindu kan? dan lain2 lah. saye ni dulu budak kampung jer. mandi sungai, lastik burung, teman tokwan g menoreh getah, gi kebun pastu kene kejar anjing, panjat pokok orang, semua tu perkara biasa masa dulu. heheh. but for me that was one of the most precious moments in my life. xsemua bertuah dapat rasa pengalaman hidup kat kampung, kan? ^^'

so, berbalik pada raya. raya pertama tahun ni saye beraya kat rumah aki (atuk saye seblah mak) di kg. losong, k. trg dan raya kedua pula di kg chalok, setiu iaitu rumah tokwan (nenek seblah arwah abah). tahun depan raya pertama insyaAllah raya kat rumah tokwan pula. biasanya akan gilir2 setiap tahun. this year agak seronok dan lain sebab dah tambah sorang ahli keluarga baru yakni kak ipar saye - kak anum. masa balik sana alhamdulillah she did enjoy the journey and raya with us. memang dia teruja habis la sebab first time dapat beraya jauh2. kak ipar saye ni org johor, duk pun kat johor. dulu dia salu cakap teringin nak drive balik raya jauh2 sambil dengar lagu raya sebab nak menghayati lagi suasana raya tu. hehe. srang dia dah rasa and it didn't disappoint her. masa on the way tu macam2 la tempat kitorg singgah, tu yang lama nak sampai rumah. bab2 makan pun dia memang enjoy habis juga sebab dia memang kaki makan lagi2 masakan org terengganu ni dia memang suka. masa raya tu memang macam2 la ada - nasi tomato, nasi minyak, nasi dagang, laksa johor, ketupat nasi, ketupat palas, tapai, rendang, lemang, nasi buli ? , ayam bbq. kiranya raya 2 3 hari tu kitorg memang asek makan jer sampai bole cover balik lemak2 yang turun masa bulan puasa sebulan tu. huhuhu. xpelah, raya setahun sekali jer kan. lepas ni susah dah nak makan masakan raya ni. sambil2 raya tu sempat la juga kitorg posing2 amik gambar untuk wat kenangan. k jom tgk. :)



pagi raya berlatarbelakangkan masjid kristal selepas solat sunat raya aidilfitri. masjid kristal adalah masjid yg plg dekat ngan rumah aki saye. depan rumah jer, caye x? ni sempat posing jap wif kak anum. :)


ni suasana raya kat rumah aki saye. memang ramai anak cucu dia sampai xmuat rumah. huhu..


aki saye masa sesi bersalam-salaman seisi keluarga. lepas ni turn saye pula. sila abaikan kualiti gambar. -_-'


cousin saye rifki tengah kira duit raya, padahal ni baru kul 10 pagi raya dah sebuk kira. teringat zaman budak2 dulu, jeles2. -_-'


mak saye nampak muda kan? ^^


shahmi, my onother lil cousin. dia ni pantang nampak camera jer terus posing ala2 artis. comel geram nak cubit2 jer..


bila gaya diorg camni memang xlain dan xbukan mesti tgh layan cite ultraman xigt dunia. remote tv/astro kat rumah aki if diorg balik ofcos diorg akan konker 24hrs. so, layankan jer la. ^^'

wif kak anum again. :)


makcik2 saye.. ^^'


my family - abg saye, kak anum, saye, n mak saye. act ada kakak saye sorang lagi, tapi dia beraya kat rumah tokwan saye time ni. theme of this year - purple. :)


ni tgh kalut nak posing ramai2. lama gak nak susun2 rakyat jelata ni, lagi2 bila ada ramai budak2 yg belum skolah ni. ^^'


ha ni dia gambar semua family seblah mak saye. mak saye ada 12 adik beradik, ni pun ada 2 family lagi yang xbalik. sepupu saye sekarang jumlahnya adalah: 11+3+1+4+2+1+1+2+3+2=30. ok 27 xtermasuk siblings saye dan juga xtermasuk yg coming soon. ramai kan? memang if semua balik alamatnya xmuat la rumah atuk saye ni. memang meriah. :)

raya tahun depan? huhu saye pun xtahu camane lagi. harap2 umur panjang dan akan lebih bermakna dari tahun ini. insyaAllah. :)

again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. :)

5 comments:

Unknown said...

same la kite..tahun ni purple

Rafidah Rahim said...

purple gak ude...

AdeQ JuE said...

huhuhu, nape ramai org purple tahun ni? xpelah, myb kwn2 saye ni sme sehati sejiwa, kan? ^^'

Aishii Subject said...

mari kite fikirkan kenape purple??

kak anum n mak ko; dua2 nmpk lg mude dr usia sbnr.

AdeQ JuE said...

bcoz they know i'll wear purple..? haha what a lame reason, right? kidding. :P

they r!! ;)