Sep 18, 2009

Almond London

..but made in desa skudai. how's that? ^^'

k at last, selepas beberapa siri kejadian yang agak menghalang, akhirnya berjaya juga saye membuat almond london. dah lama niat nak buat sejak jobless-myb-not dlu, ni baru ada kesempatan. huhu. ermh, tetibe wonder lak nape ada london dalam nama biskut ni. ada sape2 bole story tak kat saye pasal sejarah almond london? hehe. ok nape almond london n nape sampai nak tahu sejarah biskut ni? sebab saye mmg ske sangat biskut ni - my feveret~ if datang beraya rumah orang, mesti cari almond london dulu. disebabkan terlalu suke so saye blaja buat biskut ni sendiri instead of beli yang dah siap or asek makan kat rumah orang jer. huhu. saje la kan nak try2. lagipun cambest jer buat biskut raya ni. just love the feeling of moulding the dough, happy jer rasa. actually tahun lepas dah buat skali dengan bantuan cik aishii yg baik hati jasamu dikenang then tahun ni rasa nak buat lagi..

so di sini saye ingin berkongsi dgn anda yang berminat cara utk membuat almond london memandangkan ramai kenalan dan sedara mara saye selalu bermasalah bila buat biskut ni esp time nak curah ceklat kat atas tu. saye pun sebnarnya xdela pakar membuat biskut raya pun, just feeling like sharing. saye start blajar buat biskut ni masa diploma dlu, belajar dari makcik. if xde dia agaknya memang xpandai la saye nak buat biskut nih. huhu. sebnarnya nak kata susah tu xdela sangat, just kene tahu cara dan masa nak buat tu kene sabar sket sbb proses dia agak memerlukan ketelitian. ^^'

ok jom mula. firstly, lets take a look what do we need before making this cookie.

bahan utama: (estimate dlm 150 biji)
250 g mentega
150 g gula aising
2 kuning telur
2 camca teh esen vanilla
500 g tepung gandum*
2 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
670 g badam berkulit, digoreng atau dibakar hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

bahan lain:
600 g coklat masakkan (if nak sedap guna coklat masakan jenama van houton or hershey's)
1 camca besar lemak sayur (dough softener)
badam cincang secukupnya
paper cup saiz kecil warna hitam

ni antara bahan2 yg diperlukan. xbyk pun kan? ^^'


sape yg xtau emplex tu camne, ini la dia figurenya. tahun lps punya la cari satu giant ngn cik aishii xjumpa2, siap tya2 org sorg pun xkenal. tahun ni bersepah2 la pula. -_-'


ini pula lemak sayur a.k.a dough softtener yer bagi sape2 yg xpenah dengar. dlu saye pun xkenal. huhu. ni guna masa nak cairkan coklat utk senang dicurah ke atas biskut, senang beku dan coklat akan nampak cantik berkilat. cambest kan?

cara membuat:
1. campurkan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, then masukkan kuning telur dan esen vanilla. pukul bahan2 tersebut hingga berkrim.


ni time mula2 masukkan bahan iaitu mentega n gula aising, pukul pakai tangan pun bole jer..

2. masukkan tepung gandum (if nak sedap, ayak dlu) sikit2 sampai adunan menjadi doh yang lembut. tutup doh kejap ngan tuala or tisu lembap. then ambil sikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh then salutkan doh tadi pada sebiji badam. buat sampai habis.


ni lps sme bahan dah campur n doh tersebut akan jadi camni. kene pandai agak la nak sampai lembut tahap mana. if doh tu dah xlekit kat tgn means dah ok la tu. if stil melekit, adjust lg dgn menambah tepung gandum. if terkeras still bole campur margerin or telur kuning. (ni cara saye la)


ni lepas dah siap balut badam dgn doh tu. so akan jd camni. now, it's baking time!

3. bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit atau lebih sehingga yakin masak. sejukkan.
4. cairkan coklat secara double boiler. bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.


ni cara nk boil coklat. amaran: jgn sesekali boil coklat directly atas api, nnt coklat tu rosak. kene guna 2 periuk di mana yg bawah tu isi air n yg atas baru isi coklat, then letak periuk yg ada coklat tu kat atas periuk yg ada air tu. baru panaskan coklat sampai cair. bila dah cair letak lemak sayur sesedap oren.

5. ambil biskut yang telah dibakar tadi, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. tabur sikit badam cincang then susun rapat2 untuk jadikan biskut tu bujur bila coklat tu beku nnt.


gunakan sudu bersaiz kecil if nak senang utk curahkan coklat atas biskut, then tabur alomond cincang. masa ni merupakan prosedur yang agak menguji kesabaran. so sila bersabar yer. ^^'

6. biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara….ok da siap pun, yay!!!! :)


ni la almond london saye. patut panggil almond desa skudai kan?


close up. alhamdulillah, ada gak rupa almond london. huhu.. 

*tips: if nak buat mana2 biskut or masak makanan apa skali pun, jgn terlalu ikut sangat sukatan yg diberi tu bulat2 k? sbb kdg2 bahan yg digunakan tu xsama kepadatan, kualiti, brand, dan sebagainya. so kdg2 kene agak2 sendiri gak ikut kesesuaian. use your instinct. :)

ok, diharap dengan penerangan saye ini, sedikit sebanyak bole membantu sape2 yg berminat nak buat biskut ni. if xsempat tahun ni, myb tahun depan harap2 page ni still ada utk dirujuk balik oleh anda. hehe. dan if sempat, nnt saye try post cara nak wat tart nenas gulung pula, tp xjanji la sbb masa dah xbanyak tinggal. huhu. but i'll try. sharing is caring, right? btw, hepy trying! ^^'v

and kpd sape2 yang nak rasa almond london saye yg xseberapa ni, jemput la datang beraya ke rumah saye sebelum habis dimakan oleh mak saye, ok? ^^'

last but not least..dear readers, di kesempatan ni saye nak ucapkan kpd semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. if saye ada buat salah secara tersirat mahupun tersurat, maaf dipinta. sesungguhnya yang baik hanya datang dari Allah, yang buruk hanya datang dari diri saye sendiri. saye hanyalah insan biasa..

k take care evryone, have fun this raya!! :) :)

8 comments:

Unknown said...

nak ucapkan jugak SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. if saye ada buat salah secara tersirat mahupun tersurat, maaf dipinta. sesungguhnya yang baik hanya datang dari Allah, yang buruk hanya datang dari diri saye sendiri. saye hanyalah insan biasa..

Anonymous said...

can you just send me one or two piles of your kuey muey? looks like tasty!
-egneus-

AdeQ JuE said...

encek bobo, anda baru sahaja melakukan plagiat yg serius. sepatutnya anda perlu menyatakan sumber asal ayat2 yg telah di copy paste tersebut, harap maklum.

send? how? hehe :P

Rafidah Rahim said...

nampak sodap...nanti raya rumah ko aku nak tapau satu balang eh.

Wan Nurhidayati said...

selamat hari raya Ude! wah,shedap nye kuih rayer dier. Time rayer tadek tenet ah kat umah,x sempat nak bg resepi. tp angah x penah wat biskot makmur,penah wat biskot arab je..

AdeQ JuE said...

selamat hari ry gak! xpe angah, if tahun depan ada masa bole try2. nnt minta resipi ngan angah jer k? :)

AdeQ JuE said...

encho ko dtg rumah aku ituhari lupa nk tapau eh. haha~

kamaru カマル said...

ade lgke almond?bak cikit..